Bilangan
pelajar : 25 orang
Masa : 60 minit ( 1
jam )
Tema : Badan Saya
Subtema : Bahagian muka.
Tunjang : Sains &
Teknologi
Fokus :
S.T 3.0 Menyiasat alam hidupan
Standard kandungan :
S.T 3.1 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan.
Standard pembelajaran
:
S.T
3.1.2 Mengenalpasti bahagian tubuh badan ( lidah, pipi, dagu, dahi, kening,
bibir, dada, perut, bahu, siku, lutut, paha, betis, pusat, tumit, kuku )
Kesepaduan :
PFK
3.17 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.
BM 3.5
Membaca perkataan.
Objektif :
Pada
akhir pengajaran murid dapat mengenalpasti kedudukan lidah, pipi, dagu, dahi,
kening, bibir, hidung, mata, telinga di kepala.
Konsep Utama :
Pipi,
dagu, dahi, kening, bibir, lidah, hidung, mata dan telinga terletak di atas
kepala kita dan perlu dijaga kebersihannya.
Kosa Kata :
Menyusun,
melabel, fungsi.
Alatan dan bahan:
Gambar anggota badan di kepala, kad perkataan, lembaran kerja, carta lagu,
model gigi dan berus gigi.
Pengetahuan sedia ada pelajar:
1.Kanak-kanak sudah mengenali bahagian-bahagian anggota badan.
2. Kanak-kanak mengetahui fungsi anggota badan.
Set induksi (5 minit)
1.
Guru meminta murid menyanyikan lagu “Kalau Anda Gembira”
2.
Guru meminta murid menunjukkan mata, telinga, hidung, mulut, lidah, pipi, dagu,
dahi, kening, bibir, yang terdapat di kepala.
3.
Guru bersoaljawab dengan murid tentang kedudukan organ deria di bahagian
kepala.
a)
Apa yang ada di kepala?
b)
Apakah guna/fungsi organ deria tersebut?
Aktiviti ( 50minit )
1. Sebelum melabel anggota badan ( bahagian kepala ), guru
berbincang dengan murid:
a. Di mana letaknya mata?
b. Apa gunanya mata?
c. Bolehkah mata diletakkan di atas
kepala?
d.
Mengapa ?
2.
Guru menyediakan gambar gambar bahagian
kepala yang perlu dilabel.
3.
Guru meminta murid mengeja dan menyebut perkataan dengan bimbingan guru.
4.
Guru meminta murid melabel bahagian muka seperti hidung dan mata mengikut perkataan yang diberikan.
5.
Guru berbincang dengan murid bagaimana menjaga kebersihan setiap bahagian muka
yang dilekatkan di langkah 4.
6.
Guru mengedarkan lembaran kerja lakaran gambar muka dan anggota badan di muka.
7.
Guru membimbing murid melabel anggota
badan (bahagian muka) tersebut pada lembaran yang telah diedarkan.
Penutup (5 minit)
1.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai
tentang perkara yang dipelajari hari ini.
a) Apakah yang kamu lakukan tadi?
2. Guru mempamerkan hasil kerja murid.
3.Murid
sekali lagi menyanyikan lagu ‘Kalau Anda Gembira’ bersama-sama.