Sunday, 26 June 2011

Ahli Kumpulan


FARIDAH BT YUNUS DAYUS           PPG/41065/11
JASSIKA BT DAULIP                         PPG/41066/11
MARIBEL MANUEL ARROGANCIA   PPG/41069/11
PETRONELLA EDMUND J                PPG/41070/11
ROSELIND KASSIM                           PPG/41071/11

Saturday, 25 June 2011

Slot Rancangan Pengajaran Prasekolah

Bilangan pelajar       : 25 orang
Masa                       : 60 minit ( 1 jam )
Tema                       : Badan Saya
Subtema                  : Bahagian muka.
Tunjang                   : Sains & Teknologi

Fokus :
S.T 3.0 Menyiasat alam hidupan

Standard kandungan :
S.T 3.1 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan.

Standard pembelajaran :
S.T 3.1.2 Mengenalpasti bahagian tubuh badan ( lidah, pipi, dagu, dahi, kening, bibir, dada, perut, bahu, siku, lutut, paha, betis, pusat, tumit, kuku )

Kesepaduan :
PFK 3.17 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.
BM  3.5    Membaca perkataan.

Objektif :
Pada akhir pengajaran murid dapat mengenalpasti kedudukan lidah, pipi, dagu, dahi, kening, bibir, hidung, mata, telinga di kepala.

Konsep Utama :
Pipi, dagu, dahi, kening, bibir, lidah, hidung, mata dan telinga terletak di atas kepala kita dan perlu dijaga kebersihannya.

Kosa Kata :
Menyusun, melabel, fungsi.

Alatan dan bahan:
Gambar anggota badan di kepala, kad perkataan, lembaran kerja, carta lagu, model gigi dan berus gigi.

Pengetahuan sedia ada pelajar:
1.Kanak-kanak sudah mengenali bahagian-bahagian anggota badan.
2. Kanak-kanak mengetahui fungsi anggota badan.

Set induksi (5 minit)
1. Guru meminta murid menyanyikan lagu “Kalau Anda Gembira”
2. Guru meminta murid menunjukkan mata, telinga, hidung, mulut, lidah, pipi, dagu, dahi, kening, bibir, yang terdapat di kepala.
3. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kedudukan organ deria di bahagian kepala.
     a) Apa yang ada di kepala?
     b) Apakah guna/fungsi organ deria tersebut?

Aktiviti ( 50minit )
1. Sebelum melabel  anggota badan ( bahagian kepala ), guru berbincang dengan murid:
     a. Di mana letaknya mata?
     b. Apa gunanya mata?
     c. Bolehkah mata diletakkan di atas kepala?
     d. Mengapa ?
2. Guru menyediakan gambar  gambar bahagian kepala yang perlu dilabel.
3. Guru meminta murid mengeja dan menyebut perkataan dengan bimbingan guru.
4. Guru meminta murid melabel bahagian muka seperti hidung dan  mata mengikut perkataan yang diberikan.
5. Guru berbincang dengan murid bagaimana menjaga kebersihan setiap bahagian muka yang dilekatkan di langkah 4.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja lakaran gambar muka dan anggota badan di muka.
7. Guru membimbing murid melabel  anggota badan (bahagian  muka)  tersebut  pada lembaran yang telah diedarkan.

Penutup (5 minit)
1.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai tentang perkara yang dipelajari hari ini.
      a) Apakah yang kamu lakukan tadi?
2. Guru mempamerkan hasil kerja murid.
3.Murid sekali lagi menyanyikan  lagu ‘Kalau  Anda Gembira’ bersama-sama.

Friday, 24 June 2011

Badan Saya

                                           A.  Lidah
                                           B.  Pipi
                                           C.  Dagu
                                           D.  Dahi
                                           E.  Kening
                                           F.  Bibir
                                           G.  Hidung
                                           H.  Mata
                                           I.   Telinga


A. Lidah

B. Pipi

C. Dagu

D. Dahi


 E. Kening


F. Bibir
 G. Hidung


 H. Mata


I. Telinga